Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.
Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius.[1] Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.[2][3]
Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.
Di dunai membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995.[4] Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat.[5][6] Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga.[6][7] Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.[5]
Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka. [8]
Pijat adalah perang pucat sehingga perang kemerah-merahan, leper, berbentuk bulat dan tidak memiliki sayap belakang tetapi sisa sayap hadapan adalah vestigial dan merosot kepada struktur seperti alas. Pijat memiliki badan bersegmen dengan bulu badan halus yang memberikan gambaran belang. Pijat dewasa membesar sehingga sepanjang 4–5 mm dan 1.5–3 mm lebar. Nymp yang baru lahir adalah lut cahaya, warna lebih cerah dan menjadi semakin perang ketika mereka bersalin kulit dan mencapai kematangan seksual. Pijat mungkin disalah anggap sebagai serangga lain seperti ulat buku ("booklice") dan "carpet beetles", sama juga sebaliknya.
Pijat menggunakan pheromon dan kairomon bagi berhubung mengenai lokasi sarang, makan dan membiak.
Jangka hayat pijat bergantung menurut spesies dan makanan.
Pijat mampu hidup julat suhu dan komposisi atmosfera yang luas. Di bawah 16.1 °C (61.0 °F), pijat dewasa mengalami separa hibernasi dan mampu terus hidup lebih lama.[9] Pijat mampu hidup sekurang-kurangnya lima hari pada −10 °C (14 °F) tetapi akan mati selepas terdedah selama 15 minit pada suhu −32 °C (−26 °F).[10] Pijat menunjukkan ketahanan kekeringan yang tinggi, terus hidup pada kelembapan rendah dan julat suhu 35–40 °C sungguhpun dengan kehilangan satu pertiga berat badan; tahap hidupan awal lebih lemah kerana kekeringan berbanding yang matang.[11] Suhu maut bagi C. lectularius adalah tinggi: 45 °C (113 °F), dan kesemua tahap jangka hayat mati selepas didedah 7 minit pada 46 °C (115 °F).[10] Pijat tidak mampu hidup pada kepekatan karbon dioksida yang tinggi; dedahan pada atmosfera nitrogen tulin sebaliknya, kelihatannya memiliki kesan kecil walaupun selepas 72 jam.[12]
Pijat merupakan serangga penghisap darah (hematophagy) wajib. Kebanyakan spesies menghisap darah manusia hanya apabila ketiadaan mangsa yang lain.[13][14][15] Pijat tertarik kepada hos mereka terutamanya melalui karbon dioksida, kedua melalui kehangatan, dan juga bahan kimia tertentu.[16]
Pijat menembusi kulit hosnya dengan menggunakan apa yang dikenali sebagai "stylet fascicle". Ini merupakan unit yang terdiri daripada maxillae dan mandible yang telah diubah suai menjadi bentuk memanjang dari bentuk asas, leluhur. Stylets maxillary di sebelah kiri dan kanan bersambung di bahagian garis tengah membentuk saluran makanan yang besar dan saluran liur lebih kecil. Keseluruhan bungkusan maxillary dan mandibular menembusi kulit.
Sungguhpun pijat mampu hidup selama setahun tanpa makan,[17] pijat biasanya cuba makan setipa lima atau sepuluh hari. Semasa suhu sejuk, pijat mampu hidup sekitar setahun; pada suhu lebih sesuai bagi aktiviti dan makan, sekitar 5 bulan.[18]
Pada Perjumpaan Tahunan ke-57 "Entomological Society of America" pada tahun 2009, generasi baru pijat yang tahan racun serangga di Virginia dilaporkan hanya mampu hidup selama dua bulan tanpa makan.[19]
DNA dari makan darah pijat boleh dipulih sehingga 90 hari, yang mungkin membenarkan mereka digunakan bagi tujuan forsenik bagi mengenal pasti pada siapa pijat itu mencari makan.[20][21]
Kesemua pijat mengawan dengan permanian trauma ("traumatic insemination").[2][22] Pijat betina memiliki saluran pembiakan yang berfungsi semasa posisi ovi, tetapi pijat jantan tidak menggunakan saluran ini bagi permanian.[2] Sebaliknya, pijat jantan menusuk badan pijat betina dengan genital suntikannya dan memancut dalam tubuh pijat betina. Bagi kesemua spesies pijat kecuali Primicimex cavernis, sperma disuntik ke dalam mesospermalege,[2] suatu komponen dalam spermalege,[2] struktur genital kedua yang mengurangkan kecederaan dan kos imunisasi akibat permanian trauma.[23][24][25] Sperma yang disuntik bergerak melalui hemolimfa (saluran limfa darah) ke struktur penyimpanan sperma yang dikenali sebagai "seminal conceptacles", dengan persenyawaan akhirnya berlaku di ovari.[24]
Pijat jantan kadang-kala cuba mengawan dengan pijat jantan lain dan menusuk perutnya.[26] Kelakuan ini berlaku kerana tarikan seksual pada pijat sebahagian besarnya bergantung pada saiz, dan pijat jantan akan cuba mengawan dengan sebarang pasangan yang baru makan tanpa mengira jantina.[27] Pheromone amaran pijat terdiri dari (E)-2-octenal dan (E)-2-hexenal. Ia dibebaskan apabila pijat diganggu, seperti semasa serangan pemangsa. Satu kajian 2009 menunjukkan bahawa pheromone amaran turut dibebaskan oleh pijat jantan bagi menghindar pijat jantan lain yang cuba mengawan dengan mereka.[25]
C. lectularius dan C. hemipterus akan mengawan sesama sendiri jika terdapat peluang, tetapi telur yang dihasilkan biasanya mandul. Dalam kajian 1988, sebiji telur dari 479 adalah subur dan menghasilkan kacukan, C. hemipterus × lectularius.[28][29]
Pijat memiliki enam tahap kitaran hayat (lima tidak matang dan satu tahap dewasa).[30] Pijat akan bertukar kulit melalui proses pengelupasan (ecdysis) sepanjang pelbagai tahap dalam jangka hayat mereka. Kulit luar yang disingkirkan kelihatan rangka luar, lutsinar pijat itu sendiri. Pijat perlu bersalin kulit enam kali sebelum menjadi dewasa subur.
Pijat mampu menyebabkan pelbagai masaalah kesihatan termasuk radang kulit, kesan psikologi dan simptom alahan.[31] Pijat mampu menjangkiti manusia dengan sekurang-kurangnya 28 pathogen manusia, tetapi tiada kajian menunjukkan bahawa pijat mampi menjangkiti pathogen kepada manusia.[32] Gigitan pijat atau cimicosis mungkin mendorong julat manifastasi tanpa kesan jelas hingga lepuh yang menonjol.[33]:446 Diagnosis membabitkan mencari pijat dan kehadiran simptom yang serasi.[31] Rawatan membabitkan penghapusan serangga tetapi lain-lain adaln rawatan simptomnya.[31] Pijat pernah didapati dengan Staphylococcus aureus kebal methicillin MRSA[34] dan dengan Enterococcus faecium kebal vancomycin (enterococcus kebal Vancomycin-VRE) tetapi kepentingannya masih belum jelas.[35]
Pijat hadir di seluruh dunia.[36] Kadar jangitan di negara membangun, walaupun menurun sejak 1930-an hingga ke 1980-an, telah meningkat dengan pesatnya sejak 1980-an.[5][6][36] Sebelum ini, mereka biasanya hanya didapati di negara membangun tetapi jarang di negara maju.[6] Peningkatan di negara maju mungkin disebabkan peningkatan pengembaraan antarabangsa, kekebalan kepada racun serangga, dan kegunaan kaedah kawalan serangga yang tidak menjejaskan pijat.[7][37] Penurunan populasi pijat selepas 1930-an di negara membangun adalah dipercayai sebahagiannya disebabkan oleh kegunaan DDT bagi membunuh lipas.[38] Penciptaan penyedut hampagas dan reka bentuk perabut yang ringkas turut memainkan peranan.[38] Sesetengah yang lain mempercayai ia adalah kitaran semulajadi organisma.[39]
Pijat biasa (Cimex lectularius) merupakan spesies terbaik menyesuaikan dengan persekitaran manusia. Ia terdapat di kawasan serdahana seluruh dunia. Spesies lain termasuk Cimex hemipterus, terdapat di kawasan tropika, yang juga menjangkiti ayam dan kelawar, dan Leptocimex boueti, yang terdapat di kawasan tropika di Afrika Barat dan Amerika Selatan, yang turut menjangkiti kelawar dan manusia. Cimex pilosellus dan Cimex pipistrella terutamanya menjangkiti kelawar, sementara Haematosiphon inodora, spesies Amerika Utara, terutama menjangkiti ternakan ayam.[40]
C. lectularius mungkin berasal dari Timur Tengah, di gua yang didiami kelawar dan manusia.[14]
Pijat pernah disebut di Yunani Silam seawal 400 BC, dan kemudiannya disebut oleh Aristotle. Sejarah Semulajadi Pliny, diterbitkan kali pertama sekitar 77 AD di Rome, mendakwa bahawa pijak memiliki nilai perubatan bagi merawat penyakit seperti gigitan ular dan jangkitan telinga. (Kepercayaan mengenai nilai perubatan pijat berterusan sehingga pada abak ke-18, apabila Guettard mencadangkan kegunaannya bagi merawat histeria.[41]) Pijat mula disebut di Jerman pada abad ke-11, di Perancis pada abad ke-13 dan di England pada tahun 1583,[14] sungguhpun ia kekal jarang ditemui di England sehingga 1670. Sesetengah pada abad ke-18 mempercayai bahawa pijat dibawa ke London dengan bekalan kayu yang digunakan bagi membina semula bandar selepas Kebakaran Besar London (1666). Giovanni Antonio Scopoli menulis mengenai kehadiran mereka di Carniola (sekitar Slovenia masa kini) pada abad ke-18.[42][43]
Kaedah tradisi bagi menyingkir/membunuh pijat termasuk penggunaan tumbuhan, fungi, dan serangga (atau hasilannya), seperti lada hitam,[44] black cohosh (Actaea racemosa), Pseudarthria hookeri, Laggera alata (Chinese yángmáo cǎo | 羊毛草),[10] Eucalyptus saligna oil,[45][46] inai (Lawsonia inermis atau camphire),[47] "dicampur minyak Melolontha vulgaris" (kemungkinannya "cockchafer"), fly agaric (Amanita muscaria), Actaea spp. (e.g. black cohosh), tobacco, "heated oil of Terebinthina" (i.e. true turpentine), wild mint (Mentha arvensis), narrow-leaved pepperwort (Lepidium ruderale), Myrica spp. (e.g. bayberry), Robert geranium (Geranium robertianum), bugbane (Cimicifuga spp.), "herb and seeds of Cannabis", "opulus" berries (possibly maple or European cranberrybush), masked hunter bugs (Reduvius personatus), "dan banyak lagi."[48]
Pada pertengahan abad ke-19, asap dari api gambut dicadangkan.[49]
Debu juga pernah digunakan bagi menjauhi serangga dari simpanan bijiran selama berabad, termasuk "plant ash, lime, dolomite, tanah jenis tertentu, dan tanah "diatomaceous" (DE) atau Kieselguhr".[50] Of these, diatomaceous earth in particular has seen a revival as a nontoxic (when in amorphous form) residual pesticide for bed bug abatement. Serangga yang terdedah kepada tanah diatomaceous mungkin mengambil masa selama beberapa hari untuk mati.[50]
Panel kerja anyaman diletakkan disekeliling katil dan digoncang di luar pada waktu pagi, di UK dan di Perancis pada abad ke-19. Menaburkan daun tumbuhan dengan bulu halus sekeliling katil pada waktu malam dan disabu buang pada waktu pagi dan dibakar, merupakan teknik yang dilaporkan digunakan di selatan Rhodesia dan di negara-negara Balkan.[18]
Sebelum abad ke dua puluh, pijat adalah biasa. Menurut laporan oleh Kementerian Kesihatan British, pada tahun 1933 terdapat banyak kawasan di mana kesemua rumah mengalami serangan pijat pada tahap tertentu.[51]
Pijat merupakan masaalah besar semasa Perang Dunia Kedua. Jeneral MacArthur mengulas bahawa pijat merupakan "gangguan serangga terbesar ... di pengkalan Amerika Syarikat"[52]
Dengan ketibaab racun serangga kuat, yang terkenal adalah DDT pada tahun 1940-an, pijat hampir hapus di negara-negara Barat.[53] Bagaimanapun, jangkitan pijat semakin meningkat di tahun kebelakangan ini, bagi sebab yang kurang jelas, tetapi faktor penyumbang adalah kecuaian, peningkatan kekebalan, pengharaman pada racun serangga dan peningkatan perjalanan antarabangsa.[53] Gelombang jangkitan pijat sepanjang Amerika Syarikat telah menumbuhkan industri bagi penghalang, penghapusan dan lapuran jangkitan pijat.[petikan diperlukan]
|month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |last1=
dan |last=
dinyatakan (bantuan) |coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna |author=
) (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan) |month=
tidak diketahui diabaikan (bantuan)
Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.
Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius. Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.
Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.
Di dunai membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995. Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat. Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga. Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.
Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka.