Pokok Peluru Meriam atau nama saintifiknya Couroupita guianensis merupakan sejenis pokok yang istimewa kerana ranting-ranting yang menjulur daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori. Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok Peluru Meriam boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. [1]
Ia merupakan sebahagian dari keluarga Lecythidaceae dan tumbuh sehingga setinggi 25 m (82 ft). "Pokok Peluru Meriam" digelar sedemikian kerana buah perangnya seperti peluru meriam. Sebahagian besar dari pokok yang berada di luar persekitaran semulajadi mereka telah ditanam sebagai minat botani, kerana ia menghasilkan bunga yang besar, berbeza. Bunganya bewarna jingga, merah dan merah jambu, dan membentuk jambakan besar sehingga sepanjang 3m. Ia menghasilkan buah berkayu bulat besar bergaris pusat antara 15 hingga 24 cm, mengandungi sehingga 200 hingga 300 biji benih setiap satu.
Pokok Peluru Meriam diberi nama spesies Couroupita guianensis oleh pakar botani Perancis J.F. Aublet pada tahun 1755.
Pokok Peluru Meriam adalah tempatan di hutan tropika timur laut Amerka Selatan, terutamanya Lembangan Amazon dan dikawasan tropika seperti India dan Thailand.
Pokok Peluru Meriam atau nama saintifiknya Couroupita guianensis merupakan sejenis pokok yang istimewa kerana ranting-ranting yang menjulur daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori. Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok Peluru Meriam boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi.
Bunga Couroupita guianensisIa merupakan sebahagian dari keluarga Lecythidaceae dan tumbuh sehingga setinggi 25 m (82 ft). "Pokok Peluru Meriam" digelar sedemikian kerana buah perangnya seperti peluru meriam. Sebahagian besar dari pokok yang berada di luar persekitaran semulajadi mereka telah ditanam sebagai minat botani, kerana ia menghasilkan bunga yang besar, berbeza. Bunganya bewarna jingga, merah dan merah jambu, dan membentuk jambakan besar sehingga sepanjang 3m. Ia menghasilkan buah berkayu bulat besar bergaris pusat antara 15 hingga 24 cm, mengandungi sehingga 200 hingga 300 biji benih setiap satu.