Burung Puchong Keladi (bahasa Inggeris: Striated Heron, Mangrove Heron, ataupun Little Heron) merupakan sejenis burung pucung yang berhijrah dari Utara ke Malaysia. Burung ini ialah haiwan terlindung dan pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya ialah Butorides striatus. [1], [2]
Ia agak pemalu dan senyap kebanyakan masa. Bewarna kelabu, anak muda bewarna keperangan dan jalur jelas pada dada mereka, kaki mereka bertukar dari kuning kepada kemerahan. Spesies ini adalah spesies pucong yang paling meluas tersebar di Malaysia.
Burung Puchong Keladi suka bersendirian dan menjaga kawasannya, olehitu, ia biasanya terdapat secara bersendirian atau berpasangan sahaja. Ia kebiasaannya senyap tetapi menghasilkan bunyi ke-yow kasar tunggal apabila dikejutkan lalu terbang; biasanya berbunyi kasar kitch-itch-itch; dan kweak..kee-kee-kee yang buat.
Burung Puchong Keladi ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Puchong Keladi ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Puchong Keladi tidak bergigi.
Jantung Burung Puchong Keladi terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Burung Pucung keladi boleh di dapati di kawasan berpaya, persisiran pantai berlumpur, pulau persisiran, sungai dan alur, tasik dan kawasan berair (termasuk kolam kumbahan).
Burung Puchong Keladi boleh di dapati di Afrika, persisiran Laut Merah, benua India, Asia Tenggara, Kepulauan dan Amerika Selatan. Juga membiak dikebanyakan Malaysia, Asia, Russia, China dan Jepun. Kebanyakan di Malaysia terdapat spesies Butorides striatus javanicus, dan juga Butorides striatus Amurensis yang berhijrah pada musim sejuk.
Sebagai burung, Burung Puchong Keladi membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung Takur Besar merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [3]
Burung Puchong Keladi (bahasa Inggeris: Striated Heron, Mangrove Heron, ataupun Little Heron) merupakan sejenis burung pucung yang berhijrah dari Utara ke Malaysia. Burung ini ialah haiwan terlindung dan pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya ialah Butorides striatus. ,