Nymphalidae merupakan famili yang terdiri daripada sekitar 5,000 spesies kupu-kupu yang tertabur di seluruh dunia, biasanya bersaiz sederhana hingga besar. Kebanyakan spesies mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan kebanyakannya juga meratakan sayap ketika berehat. Kebanyakan spesies Nymphalidae berwarna-warni terang dan merangkumi spesies terkenal seperti maharaja, Nymphalini, Aglais dan Heliconiini. Bagaimanapun, muka bawah sayapnya sering kelihatan kusam berbanding dengan muka atas, sehingga berupa daun layu, maka terhasilnya kesan kripsis yang membolehkan kupu-kupu itu menyorok dalam persekitarannya.
Bagi yang dewasa, pasangan kaki depan adalah amat pendek, maka jolokannya kupu-kupu berkaki empat. Beluncasnya pula berbulu-bulu atau tercacak-cacak dengan juluran pada kepala, sementara kepompongnya mempunyai tompok-tompok yang berkilat.
Filogeni Nymphalidae adalah rumit. Sesetengah takson tidak jelas kedudukannya, mencerminkan hakikat bahawa sesetengah subfamili dahulunya dikenal pasti sebagai famili yang berbeza kesan daripada kepincangan dalam kajian.
Terdapat lima klad utama dalam famili ini:[1]
Klad libitein (basal)
Klad danain (basal)
Klad satirin
Klad helikoniin (kumpulan saudara kepada klad nimfalin; tidak termasuk bekas puak Biblidini dan Cyrestini, dan puak Pseudergolini dan Coeini.)
Klad nimfalin (kumpulan saudara kepada klad helikoniin; juga merangkumi puak Coeini dan Pseudergolini)
|chapter=
diabaikan (bantuan) Nymphalidae merupakan famili yang terdiri daripada sekitar 5,000 spesies kupu-kupu yang tertabur di seluruh dunia, biasanya bersaiz sederhana hingga besar. Kebanyakan spesies mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan kebanyakannya juga meratakan sayap ketika berehat. Kebanyakan spesies Nymphalidae berwarna-warni terang dan merangkumi spesies terkenal seperti maharaja, Nymphalini, Aglais dan Heliconiini. Bagaimanapun, muka bawah sayapnya sering kelihatan kusam berbanding dengan muka atas, sehingga berupa daun layu, maka terhasilnya kesan kripsis yang membolehkan kupu-kupu itu menyorok dalam persekitarannya.